WIFI BOOSTER?

PERTAMA, saya ingin berkongsi dengan anda apa kelebihan angka pada dBi Booster. Angka dBi itu adalah menentukan jarak Booster tersebut untuk decetc Wifi yang ada di sekiling kita. Jadi makin tinggi angka dBi Booster tersebut, makin jauh jarak Booster tersebut untuk detect Wifi. Sejauh mana jarak Booster itu detect, bergantung kepada keadaan kawasan tempat dimana kita tinggal. Sekiranya terlalu banyak halangan seperti dinding, bangunan atau sebagainya maka jarak Booster tersebut akan menjadi lebih terhad. Jika tidak banyak halangan ia boleh mencapai sehingga 3-5km. Sebab itu digalakkan Booster itu di letakan di tepi tingkap dan halakan ke tempat yang mempunyai  Wifi. Tapi kalau dbi tinggi jenis ANTENNA pun tidak akan mengubah jarak. Kerana jenis antenna detect wifi secara putaran dan jenis petak secara zoom...

KEDUA, kelajuan signal bergantung kepada GB Wifi yang kita connect. Semakin tinggi GB yang para pelangan Wifi yang kita langgan, makin stabil dan lajulah internet kita akan layari. Sebagai Contoh: KFC melanggan Wifi 1GB, 1GB itulah speed@kelajuan Wifi tersebut, jika terlalu ramai yang connect Wifi KFC tersebut maka speed Wifi tersebut akan menjadi berkurangan. Anda selalu mengalami masalah tersebut, iaitu connection atau Signal banyak tetapi ketika kita melayari internet ia menjadi perlahan. GB itulah punca kelajuan atau jaringan wifi.

KETIGA: Kestabilan dan keutuhan Signal Wifi. Kestabilan dan keutuhan signal bergantung pada jaringan Wifi yang kita connect. Contoh: Connection Wifi kita hanya 1 atau 2 bar, sudah tentu jaringan Wifi kita tidak stabil dan tidak laju. Signal akan menjadi sekejap connected sekejap putus, ia juga akan membuatkan jaringan wireless perlahan ketika kita melayari internet. Jika signal atau bar Wifi kita penuh atau banyak, sudah pasti signal tidak akan putus dan kelajuan internet yang kita layari tidak akan tersekat.
 

chipset RealTek 8187L atau chipset Ralink 3070 tiada kena mengena dengan 3 perkara di atas. Ia adalah sekadar driver Booster tersebut atau Software.